PARIS, 27 Julai- Tujuh daripada 10 kereta api laju Perancis akan beroperasi pada Sabtu di tiga laluan utama, sehari selepas pengkhianat melumpuhkan kebanyakan rangkaian kereta api ketika Temasya Olimpik bermula di Paris.
Tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab setakat ini.
Syarikat kereta api negara Perancis (SNCF) menganggarkan kira-kira 250,000 penumpang terjejas pada hari Jumaat.
Menteri muda pengangkutan Patrice Vergriete berkata 800,000 penumpang mungkin terjejas dalam tempoh tiga hari.
Bahan letupan diletakkan di tiga landasan menuju ke Paris. Serangan menyasarkan laluan dari kota-kota seperti Lille di utara, Bordeaux di barat dan Strasbourg di timur.
Serangan di laluan Paris-Marseille berjaya dihalang. Serangan turut berlaku berhampiran Courtalian, Pagny-sur-Moselle dan Croisilles.
Serangan itu dilakukan pada pukul 4 pagi, Jumaat sekali gus sekali gus mencetus kekecohan sebelum acara pembukaan Olimpik 2024.-AFP