LOs ANGELES, 12 Januari- Jumlah kematian yang disahkan akibat kebakaran yang melanda Los Angeles meningkat kepada 16 pada Sabtu, menurut pihak berkuasa.
Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles menerbitkan senarai mangsa yang terkorban tanpa memberikan butiran mengenai identiti mereka.
Lima daripada mangsa ditemukan di kawasan kebakaran Palisades, manakala 11 lagi di kawasan kebakaran Eaton.
Kebakaran hutan tersebut membakar kawasan seluas kira-kira 15,782 hektar dan memusnahkan lebih 12,000 struktur.
Pasukan bomba berjaya mengawal sebahagian atau kebanyakan daripada empat kebakaran yang masih aktif di kawasan itu.
Namun, lebih 153,000 penduduk masih dikenakan perintah pemindahan mandatori.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa kegagalan mematuhi arahan boleh menyebabkan penduduk didakwa atas kesalahan kecil.
Sementara itu, pasukan bomba sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan tiupan angin kencang yang berpotensi mencetuskan kebakaran lebih besar.-AFP