fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan landai bandar peranginan Cesme, penduduk dipindahkan

Foto Reuters

CESME, 3 Julai- Kebakaran hutan di bandar peranginan Cesme, barat wilayah Izmir, Turkiye terus marak hingga ke malam Rabu, memaksa pemindahan penduduk dan penutupan jalan utama.

Menurut Gabenor Izmir, Suleyman Elban, tiga kejiranan di kawasan terjejas telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga manakala lebuh raya yang menghubungkan Cesme ke bandar utama Izmir turut ditutup selepas api dilaporkan menghampiri laluan tersebut.

Direktorat Perhutanan Turkiye memaklumkan usaha memadam kebakaran terhalang akibat tiupan angin kencang sehingga 60 kilometer sejam yang menyukarkan pasukan bomba mengawal api.

Wilayah pesisir pantai Turkiye sering terjejas teruk oleh kebakaran hutan sejak beberapa tahun kebelakangan.

Ini berikutan musim panas yang semakin panas dan kering, fenomena yang dikaitkan oleh para saintis dengan perubahan iklim.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM