fb fb fb fb fb

Bas terbalik di California, 20 cedera termasuk seorang kanak-kanak

Foto Reuters

LANCASTER, 3 Julai- Sebuah bas terbalik di Lancaster, California pada Isnin, mengakibatkan sehingga 20 orang cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki, menurut laporan media tempatan.

Menurut Jabatan Bomba Daerah Los Angeles dan Peronda Lebuh Raya California, insiden berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi waktu tempatan apabila bas berkenaan terbabas dan terbalik selepas melanggar landasan kereta api di tepi Sierra Highway.

Stesen KABC melaporkan bahawa panggilan kecemasan awal menyatakan seramai 20 individu mungkin cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Bas tersebut dikendalikan oleh Kern Transit, syarikat pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan antara wilayah di kawasan berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM