TORONTO, 13 Mei- Kebakaran hutan besar pertama musim ini telah merebak kepada kira-kira 10,000 hektar (24,710 ekar) di seluruh Kanada Barat pada Ahad.
Hal itu menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan perintah pemindahan untuk komuniti di British Columbia dan memberi amaran tentang kualiti udara yang buruk di seluruh wilayah.
Di British Columbia, beribu-ribu penduduk di Perbandaran Wilayah Rockies Utara dan Fort Nelson First Nations telah dipindahkan apabila kebakaran telah merebak hampir dua kali ganda kepada 4,136 hektar.
Fort Nelson First Nation, tujuh kilometer (4.35 batu) dari bandar itu, juga mengeluarkan perintah pemindahan untuk Fontas, sebuah komuniti Orang Asli.
Datuk Bandar Perbandaran Wilayah Rockies Utara Rob Fraser dalam satu wawancara TV berkata kebanyakan daripada 3,500 penduduk Fort Nelson telah dipindahkan.
Di seberang sempadan di Alberta, penduduk wilayah hab minyak Fort McMurray, menghadapi kerosakan besar akibat kebakaran hutan pada 2016, turut diminta bersiap sedia untuk menginggalkan kediaman masing-masing.
Alberta berkata, dua kebakaran hutan tersebut kini merebak di luar kawalan serta merekodkan 43 kebakaran aktif, termasuk satu kebakaran terletak 16 km barat daya Fort McMurray.
Ia kemudiannya merebak dengan pantas pada hujung minggu kepada 5,500 hektar, jauh lebih besar daripada apa yang dilaporkan pada umaat.
Pada Ahad, pihak berkuasa berkata kebakaran sedikit reda tetapi dijangka meningkat apabila suhu meningkat.
Angin dari tenggara dijangka menolak kebakaran hutan dari lebuh raya utama dan ke arah Sungai Athabasca.
Fraser berkata, kebakaran bermula ketika angin kencang menumbang sebatang pokok yang akhirnya menimpa talian elektrik.
Enam krew bomba, 13 helikopter dan kapal tangki udara dikerahkan untuk mengawal kebakaran pada Ahad, kata pihak berkuasa Alberta.
Amaran pemindahan telah disediakan untuk Fort McMurray, Saprae Creek Estates dan diperluaskan ke Gregoire Lake Estates dan Rickards Landing Industrial Park.
Walaupun tiada risiko kecemasan kepada komuniti itu, amaran berkenaan memastikan penduduk bersedia untuk berpindah jika keadaan berubah.
Asap di Fort McMurray pada Sabtu datang dari kebakaran di utara British Columbia, kata Alberta.
menyebabkan langit berwarna jingga ekoran kebakaran hutan yang membabitkan berjuta-juta ekar tanah dan memaksa kira-kira 120,000 orang meninggalkan rumah mereka.
Kerajaan persekutuan telah memberi amaran kepada Kanada untuk menghadapi satu lagi musim kebakaran hutan yang dahsyat kerana ia meramalkan suhu musim bunga dan musim panas yang lebih tinggi daripada biasa di kebanyakan negara, dirangsang oleh keadaan cuaca El Nino.
Kanada mengalami salah satu musim sejuk yang paling panas dengan jumlah salji rendah hingga tidak wujud di banyak kawasan, menimbulkan kebimbangan menjelang musim panas ekstrim mencetuskan kebakaran di hutan di tengah-tengah kemarau yang berterusan.-REUTERS