fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Switzerland, beberapa kampung dikosongkan

SWITZERLAND, 18 Julai - Polis Switzerland mengarahkan penduduk di beberapa buah kampung supaya berpindah ekoran kebakaran hutan yang semakin merebak.

Kira-kira 200 anggota bomba, tentera, polis dan agensi lain bekerjasama memadamkan api dengan menggunakan helikopter, di kawasan terlibat.

"Api merebak ke arah Ried-Morel-Rederhorn," kata polis dalam satu kenyataan ringkas di Twitter.

Polis berkata, perkampungan Ried-Morel dan beberapa kampung lain akan dikosongkon.

Air Zermatt, yang mengendalikan empat daripada helikopter berkata, usaha memadamkan kebakaran akan diteruskan sepanjang malam.

Polis Valais menyiarkan gambar yang menunjukkan sebuah helikopter menyimbah air di kawasan kebakaran.

Valis mengalami suhu panas melebihi 30 Celsius. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu