fb fb fb fb fb

Kebakaran di tapak pelupusan sampah di Indonesia

INDONESIA, 24 Ogos - Kira-kira 15 hektar tapak pelupusan sampah terbesar di Indonesia terbakar sejak Sabtu, dan didapati merebak ke kawasan berhampiran.

Punca kebakaran yang dipercayai daripada puntung rokok itu menjadi lebih teruk disebabkan keadaan angin musim kemarau yang berpanjangan.

Api merebak merentasi zon seluas 25 hektar dan menyebarkan asap di kawasan perumahan berdekatan.

Bandung Barat mengisytiharkan darurat pada hari Rabu apabila penduduk melaporkan kesukaran bernafas dan sakit mata,

Sekolah terpaksa mengadakan kelas dalam talian untuk melindungi pelajar daripada asap yang berterusan.

Kawasan Pengumpulan Sampah Sarimukti, yang terletak di Kabupaten Bandung Barat Jawa Barat, merupakan hab sampah di kawasan dan bandar sekitarnya, termasuk kota Bandung yang menghasilkan 1500 tan sampah setiap hari. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu