fb fb fb fb fb

PM Thailand Srettha bincang elak perpecahan

BANGKOK, 24 Ogos- Perdana Menteri Thai Srettha Thavisin membincangkan kaedah bagi mengelakkan perpecahan politik dengan pendahulunya Prayuth Chan-ocha, dalam mesyuarat pertamanya sebagai perdana menteri.

Beliau bersiap untuk membentuk kabinet daripada pakatan 11 parti yang merangkumi saingan sengit.

Srettha mendapat undi parlimen untuk menjadi perdana menteri dan akan mengetuai gabungan itu yang merangkumi parti yang disokong tentera.

Pertemuan pada Khamis itu meletakkan politik di Thailand agak rapuh. Namun Prayuth kekal bertanggungjawab selama sembilan tahun akan datang.

"Perpecahan yang sedia ada amat sukar. Satu perbincangan belum tentu akan menyelesaikannya. Ia akan mengambil masa," kata Srettha mengenai pertemuan itu.

"Saya faham niatnya, bahawa dia mahu mengelakkan perpecahan dan dia mengambil berat tentang negara."

Ketika ditanya wartawan berkenaan nasihat prayuth, beliau berkata, "saya akan bertenang, bersabar dan melindungi negara dan sistem beraja."

Taikun hartanah Srettha dimasukkan ke dalam politik beberapa bulan lalu dan tidak mempunyai pengalaman dalam kerajaan. Namun beliau cuba meredakan ketegangan untuk membentuk barisan kabinet tidak lama lagi.

Bagaimanapun, spekulasi berkenaan Srettha yang secara tiba-tiba memasuki arena politik adalah sebahagian daripada perjanjian rahsia antara tentera Thailand mula tersebar.

Media turut membuat spekulasi berkenaan pengisian jawatan kabinet utama. Ada juga yang mencadangkan Stretha akan mengambil peranan tambahan sebagai Menteri Kewangan.

Kerajaan baharu itu perlu menyampaikan objektif dasar mereka kepada sidang bersama parlimen sebelum memulakan tugas pada akhir September.

Pentadbiran baharu menghadapi tugas penting untuk memulihkan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu, kerana bank pusat itu akan berkembang hanya di bawah 3.6% tahun ini.- REUTERS

(Srettha Thavisin (kanan) bertemu dengan Prayuth Chan-ocha di rumah kerajaan di Bangkok/REUTERS)

Media Baharu