fb fb fb fb fb

Kebakaran besar gereja di Wilayah Giza menyebabkan kematian kanak-kanak dan paderi

GIZA, 16 Ogos - Mangsa korban kebakaran besar gereja di Wilayah Giza, Mesir, kebanyakannya adalah kanak-kanak dan paderi, dalam bencana yang meragut sekurang-kurangnya 41 nyawa dan mencederakan 12 yang lain.

Kebakaran berlaku ketika 5,000 jemaah berkumpul di gereja Abu Sifin di Giza.

Kebakaran yang berlaku di pintu masuk menyebabkan berlakuanya rempuhan.

Beberapa jemaah melompat keluar dari tingkap selepas kebakaran bermula daripada penghawa dingin di tingkat dua bangunan gereja itu akibat kerosakan elektrik.

(FOTO CCTV)

Kebanyakan kematian adalah akibat sesak nafas dan rempuhan.

Dalam pada itu, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau telah engarahkan angkatan tentera untuk membina semula gereja berkenaan. - CCTV

Media Baharu