fb fb fb fb fb

Kebakaran belukar, penduduk New South Wales diarah berpindah

Foto Reuters

SYDNEY, 7 Disember - Ribuan hektar kawasan belukar di New South Wales musnah dalam kejadian kebakaran hutan terbaharu, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran tahap bahaya dan arahan pemindahan kepada penduduk terjejas.

Perdana Menteri New South Wales, Chris Minns memaklumkan, 12 buah rumah musnah apabila kebakaran belukar merebak ke kawasan kediaman sekitar Koolewong, kira-kira 45 kilometer di utara ibu negeri.

Lebih 70 kebakaran belukar berlaku di seluruh negeri bermula semalam, termasuk 10,000 hektar di kawasan Upper Hunter.Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran kejadian kebakaran belukar semakin tinggi pada musim panas.

ASHRIQ FAHMY AHMAD