CHAMAN, 7 Disember - Puluhan orang terkandas di sempadan Pakistan-Afghanistan apabila pintu sempadan kedua-dua negara ditutup.
Ia susulan kejadian berbalas tembakan yang berlaku di sepanjang kawasan tersebut.
Menurut seorang pelarian warga Afghanistan, Abdul Ali, kejadian berbalas tembak itu turut dikesan berhampiran pintu pagar menuju lintasan sempadan.
Beliau terpaksa berlindung di sebuah gudang dengan meninggalkan segala barang di kawasan sempadan.
Insiden tersebut berlaku, seminggu selepas rundingan baharu kedua-dua negara menemukan jalan buntu.
Kedua-dua belah pihak setuju untuk meneruskan gencatan senjata, namun perjanjian tersebut dilihat sangat rapuh.
Rundingan di Arab Saudi hujung minggu lalu merupakan yang terbaru dalam siri mesyuarat yang dianjurkan bersama Qatar dan Turkiye untuk meredakan ketegangan susulan pertempuran maut di sempadan, Oktober lalu.