FREDERICIA, DENMARK, 1 April - Tentera laut Perancis pada Jumaat mengiringi sebuah kapal tangki milik Denmark ke pelabuhan di Teluk Guinea selepas ditinggalkan oleh lanun dan menculik beberapa anak kapal, kata pemilik kapal berkenaan.
Kapal tangki minyak dan kimia yang membawa bersama 16 anak kapal itu diserang lima individu bersenjata di 225 kilometer (140) batu ke barat Port Pointe-Noire di Republik Congo.
Lanun telah meninggalkan kapal tangki itu pada Khamis lalu dengan menculik beberapa anak kapal bersama mereka, kata syarikat perkapalan Denmark Monjasa semalam.
"Kami telah mendapatkan kapal dan kru kapal dengan selamat. Sekarang ini kami dikawal oleh Angkatan Laut Perancis," kata Ketua Operasi Svend Stenberg Molholt dalam sebuah wawancara.
Semua anak kapal berada dalam keadaan sihat dan akan dibawa semula ke Lome, Togo kata Molholt.
Bagaimanapun, syarikat terbabit tidak mendedahkan jumlah sebenar anak kapal yang hilang.
Syarikat Monjasa berkata pihaknya kini masih menunggu untuk dihubungi oleh penculik dan akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kapal itu kembali ke destinasi asal dengan selamat.
Tiada kerosakan dilaporkan pada kapal tangki terbabit. - REUTERS