BEIRUT, 7 Ogos - Penghantaran pertama kapal Razoni, membawa muatan bijirin Ukraine tidak akan tiba di bandar pelabuhan Tripoli, utara Lubnan seperti dirancang.
Kedutaan Ukraine di Beirut memberitahu, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat pada masa ini disebalik penangguhan itu.
Bagaimanapun, seorang pegawai mendakwa, kapal itu tidak berlabuh di Lubnan kerana pemilik kargo telah menjualnya di tempat lain.
Isnin lalu, Razoni berlayar dari pelabuhan Odessa di Ukraine, dengan membawa 26,000 tan jagung.
Penghantaran itu adalah yang pertama di bawah satu perjanjian bagi tujuan mengurangkan krisis makanan global.-AFP