SOUTHPORT, 30 Julai- Seorang kanak-kanak perempuan menjadi korban ketiga dalam kejadian serangan pisau di sebuah kelas tarian bertemakan Taylor Swift di England.
Polis Merseyside mengesahkan mangsa, 9, meninggal dunia hari ini di hospital, manakala lima kanak-kanak dan dua dewasa masih kritikal.
Dalam pada itu, polis meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai identiti penyerang, 17, yang berasal dari kampung berhampiran
"Satu nama telah dikongsi di media sosial berhubung dengan suspek. Nama ini tidak betul...
"Kami menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi ketika siasatan sedang dijalankan. Buat masa ini, serangan tidak dianggap sebagai keganasan dan kami sedang giat mencari suspek lain yang mungkin ada kaitan," katanya.
Semalam, seluruh United Kingdom gempar dengan serangan di sebuah kelas tarian di sini yang membunuh dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan tujuh tahun. -AFP
BERITA BERKAITAN