fb fb fb fb fb

Gambar tiga mangsa bunuh dalam serangan di Southport, dikeluarkan

FOTO REUTERS

ENGLAND, 31 Julai - Polis Merseyside mengeluarkan gambar tiga kanak-kanak perempuan yang terbunuh dalam serangan di acara tarian di Southport pada Isnin.

Polis tidak memberikan sebarang butiran mengenai suspek lelaki berusia 17 tahun itu, selain hanya menyatakan dia dilahirkan di Britain.

Suspek telah ditahan polis kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh selepas kejadian di 'bengkel yoga dan tarian Taylor Swift' di Southport, utara Liverpool.

Ia merupakan acara percutian musim panas untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun.

Dalam kejadian itu, lapan kanak-kanak lain dilaporkan mengalami kesan tikaman dan lima lagi dalam keadaan kritikal.

Dua orang awam cedera parah ketika cuba melindungi kanak-kanak itu, kata polis.

Penyanyi Amerika Syarikat (AS) Swift menulis di Instagram bahawa dia benar-benar terkejut dengan insiden itu.

Peminatnya telah mengumpulkan lebih daripada 125,000 paun ($160,000) dalam talian bagi membantu keluarga mangsa dan untuk rawatan hospital kanak-kanak tersebut. - REUTERS

TETITIA YUSOFF