fb fb fb fb fb

Taylor Swift terkejut dengan serangan di kelas tarian

FOTO INSTAGRAM @taylorswift

LONDON, 30 Julai- Penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Taylor Swift terkejut dengan serangan di sebuah kelas tarian bertemakan dirinya di Southport, utara England yang membunuh dua kanak-kanak, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story), Swift bersimpati atas trauma mengerikan yang menimpa kesemua mangsa di tempat kejadian.

"Kengerian serangan semalam di Southport menghantui saya secara berterusan, dan saya benar-benar terkejut... (sehingga) saya kehilangan cara (bagaimana) untuk menyampaikan rasa simpati saya kepada keluarga mangsa," katanya.

Dalam kejadian itu, seramai 11 lagi mangsa cedera termasuk enam remaja dan dua orang dewasa kritikal.

Terdahulu, Ketua Polis Merseyside, Serena Kennedy berkata, penyerang, 17, telah ditahan bersama sebilah pisau yang digunakan dalam serangan berkenaan.

Motif kejadian masih tidak jelas, namun polis tidak menganggap ia sebagai serangan pengganas. Semua mangsa yang cedera mengalami luka tikaman, tambahnya. -AFP

SITI AISHAH MD ISA