fb fb fb fb fb

Kanada tetapkan zon perlindungan marin terbesar

FOTO HIASAN

MONTREAL, 12 Julai- Kanada telah menetapkan zon perlindungan marin terbesar di luar pantai Vancouver, dalam usaha negara itu untuk melindungi satu pertiga daripada lautannya menjelang akhir dekad.

Zon seluas 133,000 kilometer persegi itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh jabatan perikanan dan lautan Kanada serta pemimpin empat First Nation.

"Hari ini kami mengambil langkah besar ke hadapan dalam melindungi lautan Kanada," kata menteri jabatan itu Diane Lebouthillier.

Kawasan perlindungan marin baharu itu membawa Kanada "separuh jalan kepada matlamat kami untuk memulihara 30 peratus lautan kita menjelang 2030", kata Lebouthillier.

"Lautan telah menjaga kita, dan kita mesti menjaganya juga," kata Judith Sayer mewakili majlis puak Nuu-chah-nulth.

Kanada semakin hampir untuk memenuhi komitmen bersejarah yang dibuat oleh negara-negara dunia pada Sidang Kemuncak Biodiversiti Montreal pada Disember 2022.

Zon itu, yang terletak kira-kira 150 kilometer (93 batu) dari Pulau Vancouver, adalah hasil perjanjian yang ditandatangani pada Januari 2023 oleh Ottawa dan Haida Nation, Nuu-chah-nulth, Quatsino dan Pacheedaht.

Kawasan berkenaan  adalah rumah kepada berpuluh-puluh spesies ikan, burung laut, mamalia invertebrata dan marin, termasuk paus pembunuh, memerang laut dan ikan lumba-lumba.

Di dasar lautnya pula terdapat, pelbagai spesies yang jarang ditemui dan unik yang penting dari segi budaya", menurut jabatan perikanan dan lautan Kanada.

NGO Oceana Canada memuji langkah itu sebagai "langkah penting ke arah memelihara biodiversiti marin" dengan menghalang aktiviti seperti pukat tunda dasar dan lambakan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE