fb fb fb fb fb

Kanada iktiraf negara Palestin

Mark Carney / AFP

MONTREAL, 21 September - Kanada menyertai negara-negara barat lain untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Ia bagi meningkatkan tekanan ke atas Israel untuk menamatkan perang yang tercetus di Gaza.

Pengiktirafan terhadap Palestin dibuat Perdana Menteri, Mark Carney.

Menurut beliau di platform media sosial X, Kanada turut menawarkan perkongsian untuk membina masa depan yang aman untuk Palestin.

Dilaporkan, peralihan bersejarah itu berlaku apabila Britain dan negara lain turut menyatakan hasrat mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Ini terutama menjelang pembukaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Perhimpunan itu dijangka didominasi isu Palestin. - AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID