fb fb fb fb fb

Australia iktiraf Palestin negara merdeka, berdaulat

Anthony Albanese / AFP


SYDNEY, 21 September - Australia secara rasminya mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

"Dengan berbuat demikian, Australia mengiktiraf aspirasi sah yang sudah lama dipegang oleh rakyat Palestin untuk negara mereka sendiri," demikian menurut Albanese dalam satu kenyataan.

"Tindakan pengiktirafan hari ini mencerminkan komitmen lama Australia terhadap penyelesaian dua pihak, yang sentiasa menjadi satu-satunya jalan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan," katanya. - AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID