TORONTO, 20 Februari - Kanada akan menderma lebih 800 'SkyRanger R70' 'Multi-mission Unmanned Aerial Systems' kepada Ukraine untuk membantu negara itu dalam konfliknya dengan Rusia, kata Menteri Pertahanan Kanada Bill Blair pada Isnin.
Drone itu, diperoleh daripada Teledyne di Waterloo, Ontario bernilai lebih C$95 juta ($70.44 juta), kata kementerian itu.
Ia hasil derma daripada ketenteraan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Justin Trudeau semasa Lawatan Kyiv tahun lepas yang berjumlah C$500 juta.
"Di antara rakan kongsi NATO saya, perbincangan kami adalah bahawa tiada siapa yang boleh memerangu Rusia selain daripda Ukraine kerana mereka telah melakukannya selama dua tahun. Mereka bijak. Kepintaran pejuang Ukraine dan industri mereka, menggunakan udara tanpa pemandu, kenderaan, dron dan membawa perjuangan itu ke Ukraine dan mempertahankan wilayah kedaulatan mereka adalah sesuatu yang luar biasa. Hari ini saya sangat berpuas hati dengan peranti ini dan menasihati anda bahawa Kanada melabur lebih $95 juta untuk menyediakan Ukraine lebih daripada 800 dron Sky Ranger R70.
"Rakan-rakan saya, Kanada akan terus menyokong Ukraine dalam perjuangannya untuk kebebasan. Kami tidak akan terlepas pandang bahawa perjuangan ini adalah penting untuk memegang peraturan antarabangsa yang memastikan kita semua selamat," kata Menteri Pertahanan Kanada, Bil Blair.
Sejak Februari 2022, Kanada telah menyalurkan C$9.7 bilion kepada Ukraine, termasuk lebih C$2.4 bilion bantuan ketenteraan, kata kementerian pertahanan negara itu dalam satu kenyataan. -REUTERS