KIEV, 29 Jun- Seorang juruterbang Ukraine terbunuh manakala jet F-16 yang dipandunya musnah ketika menangkis serangan peluru berpandu dan dron Rusia.
Tentera Udada Ukraine dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak tentera yang maut itu merupakan kehilangan ketiga membabitkan jet F-16 sepanjang konflik tersebut.
"Juruterbang berkenaan telah menggunakan kesemua senjata di dalam pesawat dan berjaya menembak jatuh tujuh sasaran udara. Ketika memusnahkan sasaran terakhir, pesawat beliau mengalami kerosakan dan mula kehilangan ketinggian," menurut kenyataan itu menerusi Telegram.
Juruterbang tersebut didakwa berusaha untuk mengelakkan pesawat daripada terhempas ke kawasan penempatan, namun tidak sempat untuk menyelamatkan diri.
Dalam pada itu, tentera Ukraine memaklumkan bahawa Rusia telah melancarkan sebanyak 477 dron dan 60 peluru berpandu pelbagai jenis ke wilayah Ukraine.
Pasukan pertahanan udara Ukraine berjaya memusnahkan 211 dron dan 38 peluru berpandu tersebut. Kesan serangan udara turut dilaporkan berlaku di enam lokasi berbeza di seluruh negara itu.- REUTERS