fb fb fb fb fb

Juri pertimbang keputusan wanita didakwa bunuh tiga individu

Kediaman Erin Patterson di Leongatha/ REUTERS

MELBOURNE, 29 Jun- Pihak penjurian dalam perbicaraan seorang wanita Australia yang didakwa membunuh tiga ahli keluarganya dengan hidangan mengandungi cendawan beracun dijangka mula mempertimbangkan keputusan minggu ini.

Tertuduh, Erin Patterson, 50 tahun, didakwa atas pertuduhan membunuh ibu mentuanya Gail Patterson, bapa mentua Donald Patterson, serta adik ipar Gail, Heather Wilkinson.

Erin Patterson turut didakwa atas cubaan membunuh Ian Wilkinson, suami kepada Heather. Kesemua mangsa adalah ahli keluarga kepada bekas suaminya, Simon Patterson.

Namun dia menafikan semua pertuduhan yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dengan pihak pembelaan menyifatkan insiden itu sebagai 'kemalangan tragik'.

Kejadian yang menarik perhatian seluruh negara itu berlaku pada Julai 2023, apabila keempat-empat mangsa dijemput makan tengah hari di rumah Erin Patterson di Leongatha.

Kesemua mereka jatuh sakit pada malam sama, namun hanya Ian Wilkinson, yang terselamat.

Patterson ditahan pada November 2023 dan masih dalam tahanan sehingga kini. Perbicaraan bermula pada 29 April lalu dan sedang berlangsung di bandar Morwell.

Hakim Christopher Beale yang mempengerusikan perbicaraan dijangka meneruskan arahan kepada 14 anggota juri pada Isnin (30 Jun), sebelum bersidang secara tertutup bagi mencapai keputusan. Keputusan juri perlu dicapai secara sebulat suara.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI