JAKARTA, 28 Disember — Jurulatih Valencia CF, Fernando Martin, 44, disahkan maut bersama tiga anaknya selepas bot mereka naiki karam di Selat Pulau Padar, Labuan Bajo, Indonesia pada Jumaat lalu.
Menurut kenyataan rasmi kelab bola sepak Sepanyol itu, Martin sedang bercuti bersama keluarganya apabila bot yang membawa 11 penumpang karam akibat cuaca buruk.
Isterinya dan seorang lagi anak perempuan terselamat dalam kejadian tersebut, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa lain yang hilang.
Penyelaras misi dari Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS),Fathur Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga pagi Ahad bagi mengesan mangsa lain yang terlibat.
Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid CF turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Martin yang juga bekas pemain liga divisyen dua Sepanyol.
Martin baru dilantik sebagai jurulatih pasukan wanita Valencia B tahun ini.
Isteri Martin dan seorang anak perempuannya berjaya diselamatkan bersama empat kru bot serta seorang pemandu pelancong berada dalam keadaan selamat.