fb fb fb fb fb

Jumlah kematian di Gaza cecah 56,259

Tangisan mengiringi pengebumian mangsa serangan udara Israel di Deir al-Balah, Gaza/Foto REUTERS

GAZA, 27 Jun – Jumlah korban di Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 56,259 orang.

Manakala 132,458 lagi cedera sejak diserang tanpa henti zionis Israel pada 7 Oktober 2023.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, serangan udara Israel mengorbankan 103 rakyat Palestin dan mencederakan 219 yang lain.

Palestin turut melaporkan sekurang-kurangnya 18 kematian dalam satu pengeboman oleh Israel berhampiran pusat agihan tepung di Deir al-Balah, Gaza, pada Khamis.

Kementerian Dalam Negeri Palestin mengecam serangan itu yang menyasarkan anggota polis serta kakitangan keselamatan yang sedang bertugas, selain orang awam.

Setakat ini, Israel terus membisu berhubung serangan itu. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN