FLORIDA, 3 Oktober- Sekurang-kurangnya 83 maut susulan Taufan Ian yang melanda Florida, Amerika Syarikat minggu ini.
Ribut tropika itu mencetuskan banjir dan kemusnahan khususnya di Fort Myers, Pantai Fort Myers dan Cape Coral di barat daya Florida.
Agensi Anadolu melaporkan jumlah kematian dibimbangi terus meningkat.
Carolina Utara melaporkan empat korban dan usaha menyelamat masih dijalankan selepas ribut Kategori Empat itu melanda pada Rabu.
Presiden, Joe Biden terdahulu berkata Taufan Ian mungkin menjadi bencana yang paling membawa maut dalam sejarah negeri itu.
Jelasnya, angka kematian sebenar belum disahkan, namun daripada laporan awal yang diterima jumlah terkorban terus bertambah.
Terdahulu, lebih 900,000 penduduk terputus bekalan elektrik di Florida pada malam Sabtu sekali gus menghalang usaha mereka yang berpindah untuk pulang ke rumah masing-masing.
Ian melintasi Florida dan ke Lautan Atlantik sebelum membuat pendaratan di AS sekali lagi.
Taufan Kategori 1 itu, membadai pantai Carolina pada Jumaat, dengan angin berkelajuan maksimum 85 batu (140 kilometer) sejam.-AFP
(FOTO AFP)