fb fb fb fb fb

Jordan jadi tuan rumah mesyuarat keselamatan politik antara Israel dan Palestin

(FOTO AFP)

AMMAN, 26 Februari - Jordan akan menjadi tuan rumah mesyuarat 'keselamatan politik' antara Israel dan Palestin yang akan diadakan pada hari ini.

Ia bagi mengembalikan keamanan di wilayah yang diduduki selepas berlaku keganasan yang mengakibatkan kematian, kata seorang pegawai kerajaan.

Mesyuarat yang akan diadakan di Aqaba, bandar pelabuhan Laut Merah itu akan turut dihadiri oleh wakil Amerika Syarikat dan Mesir.

Ia bertujuan untuk 'membina kepercayaan' antara Israel dan Palestin, kata pegawai itu kepada AFP pada hari Sabtu.

Ketua agensi keselamatan domestik Shin Bet, Ronen Bar akan menjadi sebahagian daripada delegasi Israel, kata sumber keselamatan kepada AFP.

Ketika rundingan dibuat selepas 11 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran senjata pada hari Rabu apabila tentera Israel menyerbu bandar Nablus di Tebing Barat, keputusan kepimpinan Palestin untuk menghadiri mesyuarat di Jordan itu mendapat kritikan daripada pihak lain.

(Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (kiri) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu/ AFP)

Gerakan Fatah yang dipimpin Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mempertahankan langkah itu di Twitter.

"Keputusan untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat Aqaba walaupun kesakitan dan pembunuhan beramai-ramai ditanggung oleh rakyat Palestin adalah berpunca daripada keinginan untuk menamatkan pertumpahan darah," kata pergerakan itu.

Jumlah kematian dalam serbuan pada hari Rabu adalah yang tertinggi sejak intifada Palestin kedua, atau pemberontakan, berakhir pada tahun 2005, di mana ia tahun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula mengesan mangsa.

Pergolakan yang semakin sengit tahun ini telah mencetuskan kebimbangan antarabangsa dan berlaku selepas tahun 2022, menjadi tahun berlakunya kematian paling tinggi di Tebing Barat sejak penjejakan PBB bermula. -AFP

Media Baharu