fb fb fb fb fb

Jordan buka semula ruang udara

Foto REUTERS

AMMAN, 14 Jun - Pihak berkuasa penerbangan awam Jordan mengumumkan bahawa ruang udara negara itu telah dibuka semula pada Sabtu/

Sebelum ini ruang udara negara itu ditutup selama sehari susulan perbalahan ketenteraan antara Israel dan Iran.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengawalseliaan Penerbangan Awam, Haitham Misto, ruang udara Jordan kembali beroperasi sepenuhnya bermula pukul 7.30 pagi.

Penutupan sementara itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran situasi keselamatan serantau yang tegang.

Bagaimanapun pihak berkuasa kini yakin keadaan kembali stabil untuk penerbangan komersial.

TETITIA YUSOFF