BAITULMAQDIS, 14 Jun - Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Israel ditutup sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
Penutupan sementara itu susulan pertempuran berterusan antara Israel dan Iran yang telah memasuki hari kedua.
“Tiada tarikh atau hari ditetapkan untuk pembukaan semula lapangan terbang,” kata Jurucakap lapangan terbang, Lisa Diver kepada AFP pada Sabtu.
Penutupan ini dijangka memberi kesan besar kepada pergerakan udara di rantau itu, ketika ketegangan terus memuncak antara kedua-dua negara. - AFP