TEHRAN, 14 Jun - Dua jeneral kanan Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan udara rejim Israel, menurut laporan televisyen kerajaan pada hari Sabtu.
Serangan tersebut berlaku ketika Israel terus meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap infrastruktur pertahanan dan keupayaan nuklear Iran.
Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Timbalan Ketua Perisikan bagi Staf Umum Angkatan Bersenjata Jeneral Gholamreza Mehrabi dan Timbalan Ketua Operasi Jeneral Mehdi Rabbani.
Menurut siaran rasmi, kedua-dua pegawai tertinggi itu “telah syahid” dalam serangan berkenaan. Tiada butiran lanjut mengenai lokasi serangan atau bilangan korban lain dilaporkan setakat ini. - AFP