AMMAN, 29 Julai – Pesawat tentera Jordan melaksanakan operasi penyaluran bantuan ke Gaza, semalam, menerusi penghantaran udara yang mengandungi pelbagai bekalan makanan, termasuk makanan dalam tin, susu formula bayi, gula dan beras.
Menurut Angkatan Tentera Jordan, bantuan berkenaan dihantar menggunakan pesawat pengangkut tentera dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II, sebelum dijatuhkan menggunakan payung terjun ke kawasan terjejas di Gaza.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 14 orang meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan angka korban akibat kelaparan kepada 147 orang, termasuk 89 kanak-kanak, kebanyakannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Israel sebelum ini menutup sepenuhnya bekalan ke Gaza sejak Mac lalu sebelum membenarkan semula kemasukan dengan sekatan baharu pada Mei.
Israel mendakwa mematuhi undang-undang antarabangsa dan perlu mengelakkan bantuan disalah guna oleh kumpulan militan, namun menyalahkan Hamas atas penderitaan penduduk Gaza.REUTERS