fb fb fb fb fb

120 lori bantuan makanan masuk ke Gaza

Sebuah lori membawa bantuan kemanusiaan dilihat di lintasan Kerem Shalom antara selatan Israel dan Semenanjung Gaza semalam/Foto AFP

GAZA, 28 Julai - Sebanyak 120 lori membawa bantuan makanan berjaya masuk dan diagihkan di Gaza pada Ahad, ketika wilayah itu terus berdepan krisis kebuluran semakin memuncak di negara itu.

Bantuan diagihkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi kemanusiaan antarabangsa.

Sementara itu, 180 lagi lori masih menunggu untuk dikumpulkan dan diedarkan untuk menampung keperluan 2.1 juta penduduk Palestin.

Dalam masa sama, bantuan berskala kecil turut dihantar melalui udara oleh Jordan dan Emiriah Arab Bersatu.

Agensi PBB sebelum ini memberi amaran krisis kebuluran kebuluran kini menjadi ancaman utama sejak 21 bulan lalu.

PBB menegaskan hanya gencatan senjata sepenuhnya boleh memastikan bantuan berskala besar disalurkan kepada rakyat Gaza.

Semalam, Israel memulakan 'penangguhan sementara taktikal' secara terhad dalam operasi ketenteraannya bagi membolehkan PBB dan agensi bantuan menangani krisis kebuluran yang semakin memburuk.- AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN