fb fb fb fb fb

16 rakyat Palestin terbunuh, termasuk ibu hamil

Seorang bayi pra-matang berjaya diselamatkan selepas ibunya terbunuh dalam serangan Israel malam tadi/Foto AFP

GAZA, 28 Julai - 16 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam serangan udara terbaharu tentera Israel di zon kemanusiaan Al-Mawasi hari ini.

Lima daripadanya maut dalam serangan waktu malam termasuk seorang wanita hamil.

Namun pasukan perubatan berjaya menyelamatkan kandungannya melalui kaedah pembedahan.

Dalam pada itu, lima lagi terbunuh di Khan Yunis, manakala enam mangsa lain maut dalam dua serangan berasingan di Gaza City dan Gaza tengah.

Seorang terbunuh dan sembilan cedera ketika sedang menunggu bantuan makanan di Gaza tengah.

Dalam tempoh 24 jam lalu, lima kematian akibat kebuluran turut dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat kekurangan zat kini mencecah 147 orang.

Israel sebelum ini mengenakan sekatan penuh sejak Mac, dan hanya membenarkan kemasukan bantuan pada hujung Mei. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN