PYONGYANG, 2 November - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un akan membincangkan keperluan mengambil langkah bagi memperkukuh keupayaan ketenteraan negara itu lapor agensi berita rasmi KCNA.
Jong Un melakukan lawatan ke atas Kor ke-11 tentera Korea Utara pada Sabtu, menurut laporan media rasmi negara itu pada Ahad.
Stesen televisyen kerajaan, KRT turut menyiarkan rakaman video yang memaparkan sambutan meriah terhadap Kim, termasuk beliau bergambar bersama anggota tentera serta menyaksikan demonstrasi seni mempertahankan diri ketenteraan yang dipersembahkan kepada beliau dan pegawai kanan tentera.
Menurut agensi berita Yonhap, Kor ke-11 merupakan unit pasukan khas paling elit di Korea Utara, yang memperoleh pengalaman peperangan moden selepas menghantar tenteranya ke Rusia tahun lalu bagi menyokong peperangan Moscow terhadap Ukraine.- REUTERS