fb fb fb fb fb

Jet F-15 Jepun hilang daripada radar dipercayai terhempas, sebahagian serpihan pesawat ditemukan

FOTO JAPAN TIMES 

TOKYO, 1 Februari - Jet pejuang F-15 Angkatan Pertahanan Diri (SDF) Jepun yang hilang daripada radar semalam dipercayai terhempas.

Jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno mengesahkan, isyarat dilaporkan hilang kira-kira lima kilometer (tiga batu) bahagian barat – barat laut pangkalan udara Komatsu di wilayah tengah Ishikawa, luar Laut Jepun.

“Sebahagian fiuslaj jet pejuang telah ditemukan di kawasan kejadian, lokasi jet dipercayai terhempas,” kata Matsuno.

"Usaha masih diteruskan menggunakan pesawat dan bot peronda untuk mencari dan menyelamat dua anak kapal yang hilang," jelasnya.

Jet F-15 itu yang dalam misi latihan hilang daripada radar petang semalam tidak lama setelah berlepas dari Pangkalan Udara Komatsu di wilayah Ishikawa.

Lokasi terakhir ia dikesan kira-kira lima kilometer barat laut dari pangkalan udara tersebut.

Punca nahas belum dikenal pasti dan tiada arahan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan untuk menghentikan operasi mencari dan menyelamat itu.

Media Baharu