BERLIN, 4 Mac- Jerman pada Isnin mendesak Israel supaya segera membenarkan akses tanpa halangan bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Jurucakap Kementerian Luar Jerman, Sebastian Fischer menyuarakan kebimbangan negaranya terhadap tindakan Israel yang menghalang kemasukan bantuan ke wilayah bergolak itu.
"Akses tanpa halangan bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti dijamin pada setiap masa.
"Bantuan kemanusiaan tidak sepatutnya dijadikan alat tawar-menawar atau tekanan dalam rundingan politik atau konflik," kata Fischer menerusi sidang media di sini.