fb fb fb fb fb

Jerman benarkan pengangkutan karbon dan penyimpanan dasar laut

Foto Reuters

BERLIN, 26 Februari - Jerman akan menukar undang-undangnya untuk membenarkan teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon dalam sektor perindustrian intensif, CO2.

Ini memandangkan ekonomi terbesar Eropah itu menyasarkan untuk menjadi neutral karbon menjelang 2045, kata Menteri Ekonomi, Robert Habeck.

Penangkapan dan penyimpanan karbon atau CCS, mengeluarkan karbon dioksida daripada atmosfera yang dihasilkan oleh proses industri, menangkapnya pada titik pelepasan dan menyimpannya di bawah tanah.

Di Jerman, penggunaannya telah dihadkan di bawah undang-undang yang diluluskan pada tahun 2012 yang memberikan kuasa kepada negara persekutuan untuk memveto penggunaannya.

Namun, memandangkan pencemar CO2 terbesar di Eropah berkemungkinan terlepas matlamatnya untuk menghasilkan pelepasan sifar bersih menjelang 2045, Berlin telah menimbang semula CCS.

Di bawah perubahan undang-undang baharu, pengangkutan CO2 dan penyimpanannya dalam dasar laut akan dibenarkan, tambah Habeck.

"Teknologi ini selamat," kata menteri itu pada sidang media yang membentangkan strategi pengurusan karbon.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN