fb fb fb fb fb

Jerman ambil langkah pertahan diri daripada ancaman dron

Menteri Dalam Negeri Jerman, Alexander Dobrindt/ Foto REUTERS

BERLIN, 27 September – Ancaman daripada dron berada pada tahap 'tinggi' dan negara Jerman akan mengambil langkah sewajarnya untuk mempertahankan diri, demikian tegas Menteri Dalam Negeri, Alexander Dobrindt.

Amaran itu hadir selepas beberapa kejadian pencerobohan dron di Denmark menyebabkan gangguan trafik udara sepanjang minggu lalu, manakala pihak berkuasa turut menyiasat laporan kemunculan dron di Jerman.

“Terdapat ancaman yang boleh dikategorikan sebagai tinggi apabila melibatkan dron. Ia mungkin abstrak, tetapi sangat nyata dalam situasi tertentu,” katanya kepada pemberita di Berlin.

Antara langkah yang dipertimbangkan ialah pindaan terhadap undang-undang keselamatan penerbangan bagi membolehkan angkatan tentera terlibat, termasuk kemungkinan menembak jatuh dron yang mengancam keselamatan. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN