fb fb fb fb fb

Jepun uji peluru berpandu darat ke kapal domestik

Foto AFP

TOKYO, 25 Jun - Jepun menjalankan ujian peluru berpandu darat ke kapal domestik pertamanya yang menyasarkan perairan pantai Pasifik dari tempat latihan di pulau utara Hokkaido.

Misi ujian dilakukan Pasukan Pertahanan Darat Jepun (JGSDF) dengan melancarkan satu peluru berpandu "Type-88", pada Selasa.

Jepun menegaskan keperluan berbuat demikian berdasarkan situasi semasa global ketika ini.

"Latihan ini diperlukan memandangkan persekitaran keselamatan semasa yang buruk sekaligus meningkatkan kapasiti ketenteraan untuk menentang China," menurut jurucakap tertinggi kerajaan Yoshimasa Hayashi.

"Latihan tembakan langsung domestik seperti ini menyediakan peluang latihan untuk lebih ramai tentera," katanya.

Ujarnya, misi latihan sedemikian amat penting bagi Jepun untuk mengekalkan dan meningkatkan keupayaan untuk mempertahankan pulau dan kawasan lain.

"Latihan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana negara tertentu tetapi Jepun sebelum ini menyifatkan China sebagai cabaran keselamatan terbesar ketika Beijing membina kapasiti ketenteraan di rantau itu," tegas Yoshimasa.

NORAINI BINTI WAHIB