fb fb fb fb fb

Banjir: Lebih 80,000 penduduk dipindahkan

Foto AFP

BEIJING, 25 Jun - Lebih 80,000 orang dipindahkan selepas banjir melanda barat daya China hingga memaksa kerajaan mengisytihar kecemasan kawalan banjir dinaikkan ke tahap tertinggi.

Pasukan penyelamat telah dihantar ke dua daerah di Guizhou termasuk bantuan makanan diagih kepada mangsa banjir menggunakan dron.

Rakaman media tempatan menunjukkan insiden jambatan runtuh berhampiran bandar Kaili di wilayah Guizhou.

Banjir turut menjejaskan wilayah jiran Guangxi, dengan media menyiarkan video pasukan penyelamat membawa penduduk ke tempat yang selamat.

Puluhan ribu orang telah dipindahkan minggu lalu di wilayah Hunan tengah China akibat hujan lebat.

Hampir 70,000 orang di selatan China telah dipindahkan beberapa hari lebih awal selepas banjir besar akibat Taufan Wutip.

Pihak berkuasa China mengeluarkan amaran merah pertama tahun ini pada minggu lalu untuk arus gunung di enam wilayah -- tahap amaran paling buruk dalam sistem empat peringkat negara itu.

"Beberapa kawasan di wilayah terjejas berkemungkinan besar akan dilanda banjir ekoran cuaca esktrem. Justeru, kerajaan tempatan digesa memperkukuh pemantauan dan mengeluarkan amaran tepat pada masanya kepada penduduk," katanya.

NORAINI BINTI WAHIB