TOKYO, 17 Februari- Agensi angkasa lepas Jepun hari ini melancarkan model ujian kedua roket perdana baharunya H3, hampir setahun selepas percubaan pertama gagal disebabkan masalah penyalaan enjin.
Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) dan kontraktor utama Mitsubishi Heavy Industries merancang menggantikan roket H-IIA berusia dua dekad kepada H3 dengan harapan kos yang lebih rendah dan kapasiti muatan yang lebih besar.
Roket H3 itu akan terbang selama kira-kira dua jam dan melepaskan dua satelit mikro dan jisim tiruan yang mensimulasikan muatan satelit.
Jepun merancang untuk melancarkan kira-kira 20 satelit dan probe dengan roket H3 menjelang 2030.
Kejayaan pelancaran roket perdana generasi akan datang akan disusuli dengan pendaratan bersejarah kapal angkasa SLIM Jepun di bulan bakal menyerlahkan kelayakan angkasa lepas negara itu.
JAXA akan menganjurkan sidang akhbar bagi menerangkan hasil misi itu. - REUTERS