fb fb fb fb fb

Jepun kutuk pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara

(Foto Reuters)

TOKYO, 25 Julai- Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, pada Selasa mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran dua peluru berpandu balistik pada lewat malam oleh Korea Utara.

Ia beberapa jam selepas kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat (AS) tiba di pangkalan tentera laut di Korea Selatan.

Kishida menyifatkan pelancaran peluru berpandu itu mengancam kestabilan serantau.

"Ini (pelancaran peluru berpandu) mengancam keamanan dan kestabilan bukan sahaja negara kita, tetapi rantau ini dan masyarakat antarabangsa. Ia sama sekali tidak boleh diterima.

"Ini adalah satu siri tindakan yang bertentangan dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

"Dengan kini, bersama mengutuk mereka, kami telah membuat bantahan," kata Kishida dalam sidang media hari ini.

(Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida/Foto Reuters)

Korea Utara yang marah dengan situasi itu bertindak balas dengan mengatakan penempatan sedemikian boleh memenuhi kriteria untuk penggunaan senjata nuklearnya.-REUTERS

Media Baharu