fb fb fb fb fb

Jepun dan EU akan mengumumkan pakatan pertahanan baharu

Foto AFP

TOKYO, 1 November- Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) akan mengumumkan pakatan pertahanan baharu yang merangkumi lebih banyak latihan ketenteraan bersama, dialog dan kerjasama dalam industri pertahanan.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell dijangka bertemu rakan sejawatannya dari Jepun Takeshi Iwaya, hari ini bagi membincangkan mengenai isu geopolitik, termasuk cabaran keselamatan di rantau itu.

Menurut Takeshi Iwaya 'Perkongsian Keselamatan dan Pertahanan Jepun-EU', dijangka diumumkan selepas pertemuan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

"Ia bertujuan untuk terus membangun, memperdalam dan mengukuhkan kerjasama dan dialog dalam semua bidang keselamatan dan pertahanan," kata Iwaya.

"Secara khusus, kami membayangkan kerjasama dalam bidang keselamatan maritim, angkasa lepas, keselamatan siber, dan ancaman hibrid dan gangguan asing," katanya.

"Keselamatan rantau Asia-Pasifik  tidak dapat dipisahkan daripada Eropah dan Atlantik", tambah Iwaya.

Jepun meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada standard Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) iaitu dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2027, sebahagiannya untuk menentang China, sekali gus meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Taiwan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN