fb fb fb fb fb

Jepun bantah cadangan senarai belut sebagai spesies terancam

File photo/AFP

TOKYO, 27 Jun - Jepun mengumumkan akan menentang sebarang cadangan daripada Kesatuan Eropah (EU) yang mahu menyenaraikan belut sebagai spesies terancam, langkah yang berpotensi mengehadkan perdagangan haiwan tersebut.

Menteri Pertanian Shinjiro Koizumi berkata, bahawa negaranya menguruskan populasi belut Jepun dengan teliti melalui kerjasama dengan negara jiran seperti China, Taiwan dan Korea Selatan.

"Populasi belut adalah mencukupi dan tidak menghadapi risiko kepupusan akibat perdagangan antarabangsa," katanya.

Media Jepun melaporkan, EU dijangka mencadangkan supaya semua spesies belut dimasukkan dalam senarai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam (CITES), yang akan mengehadkan perdagangan haiwan yang dilindungi.

Terdapat 19 spesies dan subspesies belut di seluruh dunia, dan sebahagian besar daripanya kini diancam pelbagai faktor termasuk pencemaran dan penangkapan berlebihan.

Usaha melindungi spesies itu rumit kerana kitaran hayat belut yang kompleks, melibatkan kawasan geografi yang luas, serta banyak perkara yang masih tidak diketahui tentang cara pembiakan mereka. - AFP

TETITIA YUSOFF