fb fb fb fb fb

Serangan Rusia di wilayah Dnipropetrovsk ragut tiga nyawa

Foto fail/REUTERS

KIEV, 27 Jun - Tiga terbunuh dan 14 orang cedera dalam satu serangan Rusia ke atas Ukraine di wilayah perindustrian Dnipropetrovsk, pada Jumaat.

Menurut Gabenor Wilayah Sergiy Lysak, serangan tersebut berlaku di bandar Samar, yang terletak berhampiran bandar utama wilayah itu, Dnipro.

"Tiga orang terbunuh dalam serangan musuh. Empat belas orang cedera," katanya dalam satu kenyataan.

Serangan itu menambah kepada siri serangan yang menyasarkan kawasan strategik di Ukraine sejak beberapa minggu kebelakangan ini. - AFP

TETITIA YUSOFF