WASHINGTON, 2 Mei- Rundingan tarif Jepun-Amerika Syarikat (AS) memberi tumpuan kepada usaha memperluas perdagangan, langkah bukan tariff serta kerjasama dalam aspek keselamatan ekonomi.
Ketua perunding ekonomi utama Jepun, Ryosei Akazawa menegaskan perkara itu dalam sidang media di Washington D.C selepas pertemuannya dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent.
Tambah Akazawa, Jepun memohon agar AS mempertimbang semula keputusan tarif global besar-besaran bulan lalu, kebanyakannya telah digantung selama 90 hari.
Akazawa turut mendedahkan bahawa salah sebuah pengeluar kenderaan Jepun terpaksa menanggung kerugian kira-kira satu juta dolar setiap jam akibat tarif berkenaan, namun beliau tidak menamakan syarikat tersebut.
Perbincangan selama lebih dua jam itu bagaimanapun tidak menyentuh isu pertukaran mata wang asing atau keselamatan negara.
Jepun kini merancang untuk mengadakan pusingan ketiga rundingan selepas pertengahan bulan ini.- REUTERS