fb fb fb fb fb

Jangkitan COVID-19 meningkat di England dan Wales

(Foto fail)

LONDON, 23 September- Jumlah penduduk yang diuji positif COVID-19 buat pertama kali meningkat di England dan Wales dalam tempoh dua bulan, statistik rasmi menunjukkan.

Dapatan itu berdasarkan data bagi minggu berakhir 14 September daripada Pejabat Perangkaan Negara (ONS) kerajaan.

Berdasarkan datanya, ONS menganggarkan bahawa bilangan penduduk yang diuji positif di England ialah 766,500 bersamaan kira-kira satu daripada 70 orang dan di Wales 39,700, atau satu daripada 75 orang.

Tinjauan minggu sebelumnya mendapati kadar jangkitan ialah satu daripada 75 di England dan satu daripada 110 di Wales.

Menurut tinjauan jangka panjang, kedua-dua negara UK itu kali terakhir menyaksikan peningkatan mingguan pada minggu yang berakhir pada 6 Julai, didorong jangkitan varian Omicron BA.4 dan BA.5 baharu.

Dalam pada itu, angka untuk Scotland dan Ireland Utara menurun. -AFP

(Seorang pekerja GGD Haaglanden memberi vaksin kepada seorang warga emas dengan
suntikan penggalak terhadap COVID-19 di Zoetermeer, pada 19 September/AFP)

Media Baharu