fb fb fb fb fb

Jangkitan COVID-19: Hong Kong tangguh sesi persekolahan bersemuka

FOTO: AFP


HONG KONG, 12 Januari
-
Berkuat kuasa Jumaat ini, Hong Kong menangguhkan sementara sesi persekolahan secara bersemuka bagi prasekolah dan sekolah rendah di bandar itu.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, langkah itu diambil susulan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah itu akan terus dilaksanakan sehingga selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

"Kami akan melanjutkan program vaksinasi kepada kanak-kanak berumur dari lima hingga 11 tahun.. mereka akan diberikan vaksin Sinovac", kata Lam.

Bagaimanapun, murid sekolah menengah masih akan meneruskan sesi pembelajaran secara bersemuka.

Katanya, ia suatu keputusan yang sukar untuk dibuat kerana mereka mahu menangani risiko jangkitan dalam kalangan kanak-kanak susulan penularan Omicron.

Minggu lalu, Lam mengumumkan penutupan gimnasium, perkhidmatan makan di kedai selepas jam 6 petang dan melarang warganegara yang pulang daripada lapan negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada. - AFP

Media Baharu