PUNE, 15 Jun- Sekurang-kurangnya enam maut manakala 25 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan runtuh di atas Sungai Indrayani di bandar Pune, barat India pada Ahad.
Menurut seorang saksi, kejadian berlaku ketika sekumpulan pelancong berada di atas jambatan berkenaan.
"Jambatan itu tiba-tiba runtuh. Sekurang-kurangnya 20 hingga 25 orang dihanyutkan. Beberapa pelancong sempat diselamatkan oleh pasukan penyelamat, manakala ada yang dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan jambatan," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF).- REUTERS