fb fb fb fb fb

Jambatan runtuh di Colombia, empat maut dan tiga cedera

FOTO AFP

BOGOTA, 2 Jun- Sebanyak dua buah kereta dan sebuah motosikal terjunam daripada sebuah jambatan yang runtuh di utara Colombia, mengorbanan empat orang dan mencederakan tiga yang lain dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Trafik, Julio Olaya, sebahagian jambatan menghubungkan bandar Barranquilla ke lapangan terbang di Soledad runtuh ketika hujan lebat.

Tiga orang maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, katanya.

Pihak berkuasa telah menutup jambatan itu susulan risiko keruntuhan pada bahagian lain, dan laluan alternatif ke lapangan terbang telah disediakan.

Terdahulu, Kerajaan Colombia mengeluarkan amaran fenomena cuaca El Nino yang membawa musim hujan luar biasa. -AFP

0206 BD COLOMBIA JAMBATAN RUNTUH 2
FOTO AFP

SITI AISHAH MD ISA