(FB Alexander Nanta Linggi)
PASIR SALAK, 19 Mei- Projek pembinaan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop merentangi Sungai Perak yang menghubungkan kawasan Parlimen Bagan Datuk ke Pasir Salak sudah siap dan hanya menunggu masa untuk dibuka kepada pengguna.
Kemudahan itu mampu memendekkan perjalanan kepada 15 minit sahaja, berbanding lebih sejam sebelum jambatan tersebut dibina.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata lebih 70,000 penduduk sekitar bakal menerima manfaat daripada pembinaan jambatan itu.
Ini termasuk pelajar dan guru di beberapa institusi berdekatan seperti MRSM Bagan Datuk, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk dan Politeknik Bagan Datuk.
Jelas beliau, sebelum adanya jambatan itu, pengguna yang mahu ke dua kawasan tersebut harus melalui jarak asal, lebih 50-kilometer.
(Jambatan Bagan Datuk-Sejagop siap, pendekkan masa perjalanan/FB Alexander Nanta Linggi)